Reflection by :
HEIDI AIMIE AMALYNA BT HABIBUDDIN
IEB110013
JUMAAT (12 OKTOBER 2012)
APAKAH YANG SAYA TELAH PELAJARI ?
Pada
hari Jumaat yang lalu bertarikh 21 oktober 2012, jam 9.00 pagi saya telah
mengikuti kelas Asas Pembudayaan Dan Keusahawanan. Pensyarah yang mengajar
ialah Miss Elaine berbangsa Cina. Pertama kali di Akademi Pengajian Islam saya
belajar dengan pensyarah yang berbangsa Cina. Miss Elaine sangat periang dan
pandai mengendalikan kelas. :) Di dalam kelas, kami tidak tertumpu kepada
pengajaran melalui slide seperti kelas-kelas yang lain, tetapi Miss Elaine
menyediakan pembelajaran secara ‘Workshop’. Di dalam kelas ini, saya dapat
belajar untuk jujur pada diri sendiri . Malah, saya juga dapat mengetahui
kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Selain itu, melalui aktiviti yang
dijalankan, dapat memupuk sifat bekerjasama dan toleransi sesama ahli kumpulan. :)
PERASAAN
SAYA KETIKA MENGIKUTI KELAS INI IALAH….
Pada mulanya
saya merasakan kurang minat kerana sebelum ini jarang belajar dengan cara
workshop, hanya tertumpu kepada slide. Tetapi, lama kelamaan saya berasa
semakin seronok kerana tidak mengantuk dan tidak bosan. :) Malah , Miss Elaine
juga seorang yang pandai menarik perhatian pelajar apabila dia memberi arahan
dan pandai berkomunikasi. Arahan yang diberikan juga sangat jelas , mudah faham
dan sistematik. Selain itu, pelbagai aktviti yang dijalankan ketika mengikuti
kelas ini. Pada pendapat saya, kaedah workshop sangat bagus, namun saya harap
kelas-kelas yang akan datang, perlu juga untuk pensyarah memberikan syarahan
menggunakan slide disamping dengan workshop. Tidak hanya workshop sematA- mata. ^_^
DI MANA DAN
BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGAPLIKASIKAN MAKLUMAT YANG DIBERI KETIKA DI DALAM KELAS
INI?
Melalui kelas ini, saya akan
mengaplikasikan maklumat yang saya dapat apabila saya menjadi seorang pendidik
suatu hari nanti. Saya akan menggunakan
juga kaedah workshop ini sebagai kaedah tambahan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar tidak mengantuk.
Malah, aktiviti juga akan dipelbagaikan agar pelajar tidak cepat bosan.
Disamping itu, saya juga akan cuba berkomukasi dengan baik agar pelajar dapt
menumpukan perhatian mereka ketika saya mengajar di dalam kelas. :)
Sekian. :) TQ ^_^