REFLECTION BY
MUHAMAD ZARIFF BIN ILIAS
Kuliah APK
Jumaat, 12/10/2012
9.00am-11.00am
Academy of Islamic Study
Apa yang saya pelajari:
Pada kuliah minggu lepas, saya dapat mempelajari mengenai bagaimana cara kita perlu buat jika ingin mencapai matlamat kita iaitu perlu mengetahui apa kekuatan yang kita ada dan skil-skil yang perlu kita perdalami.
Saya juga dapat mengetahui mengenai masalah yang perlu dihadapi sepanjang usaha saya untuk mencapai cita-cita saya. Dengan itu, saya akan dapat mengenalpasti langkah-langkah yang perlu saya lakukan.
Pada minggu lepas juga, saya berkesempatan untuk menjadi pemangku ketua. Apa yang saya pelajarinya, ialah, seseorang ketua itu bertanggungjawab dalam menggerakkan ahli-ahli kumpulannya. Ketua kumpulan perlu proaktif dalam mempastikan kerja kumpulannya berjalan dengan baik.
Apa yang saya rasa:
Saya rasa, pengajaran yang Miss Elaine terapkan sangat bagus dan seronok dengan suasana pengajaran seperti itu. Bukan saja kita belajar secara teori tapi praktikal juga perlu dicampurkan sekali untuk lebih memahami apa yang kita pelajari. (^^,)
Bagaimana saya boleh aplikasikan maklumat yang dapat
Pertama: saya dapat mengaplikasikan apa yang saya dapat sepanjang kuliah minggu lepas dalam hidup saya. saya buat catatan mengenai kelemahan dan peluang yang saya perlu tekankan dan sentiasa ingat perkara tersebut
Kedua: buat secara perlahan-lahan perancangan yang saya buat untuk mencapai matlamat saya.
Komen lain:
Thank You Miss Elaine..
semoga saya dapat apa yang saya mahu dalam kuliah APK semester ini..(^^,)



0 comments:
Post a Comment