Monday, 15 October 2012

Heidi

Reflection by :

HEIDI AIMIE AMALYNA BT HABIBUDDIN
IEB110013

JUMAAT (12 OKTOBER 2012)
APAKAH YANG SAYA TELAH PELAJARI ?

            Pada hari Jumaat yang lalu bertarikh 21 oktober 2012, jam 9.00 pagi saya telah mengikuti kelas Asas Pembudayaan Dan Keusahawanan. Pensyarah yang mengajar ialah Miss Elaine berbangsa Cina. Pertama kali di Akademi Pengajian Islam saya belajar dengan pensyarah yang berbangsa Cina. Miss Elaine sangat periang dan pandai mengendalikan kelas. :) Di dalam kelas, kami tidak tertumpu kepada pengajaran melalui slide seperti kelas-kelas yang lain, tetapi Miss Elaine menyediakan pembelajaran secara ‘Workshop’. Di dalam kelas ini, saya dapat belajar untuk jujur pada diri sendiri . Malah, saya juga dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan, dapat memupuk sifat bekerjasama dan toleransi sesama ahli kumpulan. :)


PERASAAN SAYA KETIKA MENGIKUTI KELAS INI IALAH….

                Pada mulanya saya merasakan kurang minat kerana sebelum ini jarang belajar dengan cara workshop, hanya tertumpu kepada slide. Tetapi, lama kelamaan saya berasa semakin seronok kerana tidak mengantuk dan tidak bosan. :)  Malah , Miss Elaine juga seorang yang pandai menarik perhatian pelajar apabila dia memberi arahan dan pandai berkomunikasi. Arahan yang diberikan juga sangat jelas , mudah faham dan sistematik. Selain itu, pelbagai aktviti yang dijalankan ketika mengikuti kelas ini. Pada pendapat saya, kaedah workshop sangat bagus, namun saya harap kelas-kelas yang akan datang, perlu juga untuk pensyarah memberikan syarahan menggunakan slide disamping dengan workshop. Tidak hanya workshop sematA- mata. ^_^


DI MANA DAN BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGAPLIKASIKAN MAKLUMAT YANG DIBERI KETIKA DI DALAM KELAS INI?

               

                Melalui kelas ini, saya akan mengaplikasikan maklumat yang saya dapat apabila saya menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. Saya akan menggunakan  juga kaedah workshop ini sebagai kaedah tambahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar tidak mengantuk. Malah, aktiviti juga akan dipelbagaikan agar pelajar tidak cepat bosan. Disamping itu, saya juga akan cuba berkomukasi dengan baik agar pelajar dapt menumpukan perhatian mereka ketika saya mengajar di dalam kelas. :)

Sekian. :) TQ ^_^

0 comments: