Tuesday, 16 October 2012

HUSNIYAH OTHMAN, IEB110014

12 Okt. 2012, 9.00pg 

Apa yg telah saya pelajari,
Subjek APK banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam mengendalikan perniagaan terutamanya apabila subjek ini dikendalikan oleh konsultan yang pandai mengawal suasana kelas supaya tidak terlalu formal dan bosan. sikap dan keperibadian konsultan dalam memberi galakan kepada saya supaya  memilih perniagaan sebagai kerjaya sambilan memberi impak dan kesan dalam diri supaya memikirkan semula kerjaya pada masa depan. APK merupakan subjek wajib  yang memerlukan sepenuhnya penghayatan dan bukannya peperiksaan atau teori semata-mata. oleh sebab itu, pengendalian subjek ini memerlukan kepada seseorang yang berbakat supaya mampu menarik perhatian pelajar. " APK ini subjek yang bosan " merupakan persepsi pertama saya sebelum mempelajarinya. selepas menghadiri kelas pada minggu lepas, persepsi saya secara keseluruhannya berubah sama sekali. subjek ini tidak semata-mata memerlukan kepada teori semata-mata, tetapi praktikal secara langsung supaya dapat  mengaplikasikan sepenuhnya apa yang dipelajari dalam dunia perniagaan yang sebenar..

Apa yg saya rasa,
pada mulanya, saya berasa bosan disebabkan kelas APK hanya teori semata-mata dan praktikalnya hanya dipraktikkan sekali sahaja.. segala-galanya berubah selepas Miss Elaine selaku konsultan APK mengendalikan kelas. saya amat tertarik dengan konsep yang di bawa dalam kelas iaitu "workshop". konsep seperti ini menghalang saya daripada berasa bosan kerana pelbagai aktiviti dijalankan selama 2 jam kelas setiap minggu. oleh sebab itu, saya mula tertarik dengan subjek APK dan tanggapan saya terhadap subjek ini berubah sama sekali.

di mana perlu praktikkan segala ilmu ini,
ilmu perniagaan yang kukuh  amat penting dalam mengenal selok belok perniagaan yang berlainan dengan bidang-bidang lain. ilmu perniagaan yang saya dapat melalui kelas ini akan saya praktikkan sepenuhnya apabila memilih kerjaya sebagai ahli perniagaan samada sepenuhnya ataupun secara sambilan.
 
terima kasih Miss Elaine...


0 comments: